Suatu Ketika – Tragedi Pos Dipang (2011) SDTV | Teamsalkom

Recent Comments

Suatu Ketika – Tragedi Pos Dipang (2011) SDTV


Kisah ini akan memaparkan bagaimana kerakusan manusia, membawa kebinasaan kepada insan lain. Tragedi Pos Dipang (1996) merupakan antara tragedi yang meninggalkan sejarah hitam kepada Negara, sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, malahan mendapat liputan meluas semua pihak.
Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Inilah yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak. Tragedi banjir lumpur yang secara tiba – tiba berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang yang mengorbankan 44 mangsa.
Dokumentari ini juga turut memaparkan kisah penderitaan dan juga trauma penduduk orang asli setempat terhadap peristiwa ini dan juga mengenal pasti siapa yang harus dipersalahkan, sehingga terjadinya tragedi ini.
Turut dipaparkan kisah sebenar di sebalik operasi menyelamat yang telah dijalankan oleh pihak Tentera Diraja , Polis Di Raja dan semua pihak yang terlibat didalam situasi ini.
Kerja – kerja pembalakan yang telah berleluasa disitu, yang kemungkinan besar menjadi punca utama tragedi lumpur ini. Berbeza pula pendapat penduduk tempatan ( orang asli ) mengatakan bahawa kejadian tersebut dipercayai adalah satu bala.
Merungkai disebalik kejadian hitam ini, sama ada peristiwa banjir lumpur yang terjadi di Pos Dipang (1996) adalah disebabkan oleh kerakusan sikap manusia yang tidak prihatin atau disebabkan oleh kejadian alam yang tidak boleh dielakkan.
Dokumentari ini akan menyajikan kesan peristiwa hitam ini yang telah merubah kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli disitu.


Related Articels

0 comments

Leave a Reply

Copyright 20011 Rockarea All rights reserved Built by iwankitty